Sunday, March 19, 2006
6:56 PM
RENUNGAN 7
Cuti sekolah sudahlah tamat, tetapi seluruh minggu saya tidak dapat berehat langsung. Lagi ada concert 'chinese orchestra' pada hari sabtu dan ahad dan seluruh minggu cuti sekolah itu ada praktis c.o. Saya berasa sangat stress, ini sudah bukan cuti sekolah lagi ni. Pada malam jumaat, sehari sebelum cuti sekolah, saya pula demam-tiga hari.. ish.. Pening kepala pun ada. Minda saya macam tidak boleh berehat begitu. Kerja sekolah pun saya tidak boleh membuatnya. Projek Melayu pun saya tidak tahu bagaimana hendak menghabiskannya. Lepas tu, bila dah tak ada demam lagi, timbul pula si 'sore throat' dan flu ni.
Wednesday, March 01, 2006
3:50 AM
RENUNGAN 6
Saya, sebagai setiausaha kupulan kami, telah gagal untuk membuat tugasan saya. Saya tidak mengisi fail kumpulan kami dengan apa-apa sahaja matlumat-matlumat tentang projek kami. Isi fail kami pun sikit sahaja. Kami mempunyai banyak lagi untuk buat.
Di rumah saya tidak dapat print matlumat-matlumat yang saya dapati kerana inknya telah habis.. shish.
Saya fikir untuk membuat hanya tentang dua permainan melayu tradisional sahaja. Tetapi ia bukan keputusan yang terakhir. Salah satu permainan yang saya hendak ialah wau. Saya telah dapat kumpul beberapa informasi tentang wau. Tidak boleh dapat banyak sangat matlumat kerana komputer saya di rumah selalu 'hang'. Saya pun belum ke perpustakaan untuk mencari lebih matlumat. Hari-hari saya kini semakin ketat dan saya tidak boleh mencari masa untuk pergi ke perpustakaan. Saya harap saya boleh mengumpul sebanyak yang mungkin.
Tuesday, February 21, 2006
4:33 PM
RENUNGAN 5
Fareez tidak hadir ke sekolah lagi, banyak kali la dey, sekarang lebih sukar untuk membuat projek kami kerana fail kumpulan dengan maklumat maklumat dan 'story board' dengannya. Kami mempunyai hanya dua atau tiga minggu lagi untuk menghabiskan projek budaya kami. Agak-agaknya saya juga harus mencari maklumat di perpustakaan. Kalau maklumat masih tidak didapati.. hai..Saya pun tidak tahu apa nak buat lagi. Pening kepala. Farhanah hendak membuat video rakaman bagi menunjukkan bagaimana untuk bermain permainan-permainan. Tidak pasti kalau kami akan membuatnya. Sedikit leceh lah.
Monday, February 13, 2006
6:04 AM
HARI KEKASIH
Pandangan saya tentang Hari Kekasih-
Hari tersebut adalah hari yang amat bahagia untuk sesiapa yang mempunyai kekasih. Mereka dapat bersama untuk menyambut Hari Kekasih ini.
Saya tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk hari tersebut. Cuma selepas sekolah, saya akan bersama dengan instrumen 'ruan' saya untuk meyambut Hari Kekasih. Hoho. =)
6:02 AM
PESTA PESTA PESTA!
Rancangan hiburan Pesta Pesta Pesta itu pecah perut betul! Gelagat pelakon-pelakon itu sangat kelakar! Saya suka apabila Patricia Mok cuba menyanyi lagu rock, dengan pakaiannya yang 'rockababai' itu! Saya tertawa terbahak-bahak melihatnya! Pesta Pesta Pesta ini telah berjaya menghiburkan penonton-penontonnya, termasuklah saya. Rancangan ini bagus untuk orang yang mempunyai banyak stress. Heh. Betul tak?. Mereka pun telah menunjuk beberapa persembahan tentang budaya yang lain. Mereka pun bukan sahaja mengguna pelakon melayu untuk rancangan tersebut, pelakon berbangsa lain pun ada juga.
Friday, February 10, 2006
7:05 PM
RENUNGAN 4
Kami akan ke Sarawak! Pada 27 haribulan Mei! Haha.. Agaknye la tu, tetapi masih jauh lagi. Saya tidak boleh sabah! Kalau betul tarikhnya, kami akan ke Sarawak satu hari selepas hari lahir saya! =D Surat kiriman rasmi pun telah dihantarkan kepada cikgu. Hari ini kita menolong semak ujian melayu rakan-rakan sekelas. Ujian tersebut memang sukar, sangat mengecewakan. Saya betul-betul berharap saya tidak gagal ujian itu. Tetapi bila saya dapat kertas ujian saya, saya lulus ujian saya! Sangat bahagia! =D Walaupun markahnya agak rendah. Heh.
Saturday, February 04, 2006
8:26 PM
RENUNGAN 3
Saya sekarang sudah tahu bagaimana untuk menulis surat kiriman rasmi selepas cikgu telah explain kepada kami. Sebenarnya saya faham setengah apa yang cikgu telah mengajar. Ia kerana saya selalu tidak membuat peta minda ataupun susunan idea dan sebagainya, saya terus menulis apa yang saya terfikir apabila menulis surat-surat seperti begini. Kami pula harus menulis surat kepada pengurus badan Budaya Melayu untuk megucap terima kasih atas bantuan beliau kepada kumpulan kami. Saya telah habis menulisnya, tetapi bukan begitu sempurna lah. Mesto ada yang tak betul.
Kumpulan kami sekarang sedang mencari matlumat-maltlumat tentang permainan Melayu tradisional. Saya pening kepala mencarinya di lelaman Internet, bermacam-macam informasi yang merepek.
Friday, January 27, 2006
7:01 PM
RENUNGAN 2
Pada hari Rabu, cikgu mengajar kami tentang surat kiriman rasmi. Saya sudah terlupa formatnya! Harap-haraplah saya boleh menulisnya dengan baik. Hari ini ada persembahan hari raya cina. Saya tidak dapat memakai baju rumah kerana harus membuat persembahan. Sangat menghamparkan, tetapi tidak apa lah. Dapat dua buah oren pun boleh lah.
:: me
dinah
dinosaur
din1919@hotmail.com
14
26 may 1991 [gemini]
:: like
bikini bottom
:: hates
bikini bottom
:: wants
square pants
a life
:: da past
January 2006
February 2006
March 2006
layout by anep
images taken from
thq.com/spongebob